Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENGAGIHAN BANTUAN ELAUN MUIB BAGI PENJAJA – PENJAJA DIBAWAH KAWALAN JABATAN BANDARAN TUTONG

IMG-20200429-WA0015.jpg

TUTONG, Rabu, 29 April 2020. – Jabatan Bandaran Tutong telah mengadakan Pengagihan Elaun Bantuan MUIB bagi penjaja dibawah kawalan Jabatan Bandaran Tutong terdiri daripada penjaja Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong, Pasar Malam Pekan Tutong dan Gerai Selera Tutong bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

 

Seramai 270 orang penjaja yang diberikan Elaun Bantuan MUIB yang berjumlah $300 sebulan bagi setiap penjaja. Pengagihan ini diadakan di Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong dengan kaedah Pandu lalu (drive thru) untuk memudahkan penerima-penerima dengan kerjasama pihak polis cawangan Tutong untuk mengawal lalu lintas.

 

Rata-rata penjaja-penjaja melahirkan rasa syukur di atas kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat. Hadir bagi menyaksikan penyampaian bantuan tersebut, Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim.


Created at 07/05/2020 09:57 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 07/05/2020 10:21 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim