Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSejarah Ringkas

Kawasan Lembaga Bandaran yang ada pada masa ini telah diisytiharkan pada 13 November 1929, di bawah peruntukan Seksyen 3 'Sanitary Boards Enactmant',1920. Pada ketika itu, kawasan berkenaan dikenali sebagai 'Sanitary Board Area' .

Pada tahun 1970,'Sanitary Board' ditukar menjadi Lembaga Bandaran Tutong dan Pegawai Daerah Tutong dilantik selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong sekaligus menjadi ketua Jabatan bagi Jabatan Bandaran Tutong.

Pembentukan 'Sanitary Board' pada asalnya bertujuan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu terutama sekali dari aspek penjagaan kebersihan dan kawalan kemajuan bagi kawasan perbandaran yang telah diisytiharkan.

Kawasan Lembaga Bandaran Tutong pada masa ini hanyalah berkeluasan lebih kurang 0.024 km2) yang merupakan sebuah kawasan pekan kecil yang bermula dari sebahagian Kg. Petani berdekatan bekas panggung wayang lama(bangunan tersebut telah dirobohkan ) dan digariskan naik ke Bukit Bendera hingga berdekatan dengan Taman Permainan Kanak-Kanak Bukit Bendera berdekatan dengan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan manakala sempadan bahagian bawah bermula dari kawasan Masjid Hassanal Bolkiah melintasi Jalan Enche Awang dan juga sebahagian daripada Kampong Petani .