Government of Brunei

Font Size

Cpanel
Profail Jabatan

Sejarah Ringkas

Kawasan Lembaga Bandaran Tutong yang ada pada masa ini telah diisytiharkan pada 13 November 1929, di bawah peruntukan Seksyen 3 'Sanitary Boards Enactment 1920' dan pada ketika itu, kawasan berkenaan dikenali sebagai Sanitory Board Area. Sanitary Board ketika itu dipengerusikan oleh British Resident.

Pada tahun 1970, Sanitary Board ditukar menjadi Lembaga Bandaran Tutong dan Pegawai Daerah Tutong dilantik selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong sekaligus menjadi Ketua Jabatan bagi Jabatan Bandaran Tutong.

Pembentukkan Sanitary Board pada asalnya bertujuan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu, terutama sekali dari aspek penjagaan kebersihan dan kawalan kemajuan bagi kawasan perbandaran yang telah diisytiharkan.

Jawatan Pengerusi Lembaga Bandaran terus dipangku oleh Pegawai Daerah Tutong sehinggalah 26 April 2007 di mana seorang Pegawai Kanan Kerajaan telah dilantik untuk memangku jawatan Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong sepenuh masa. Pada 1 April 2008, Lembaga Bandaran Tutong telah mempunyai seorang Pengerusi yang telah dilantik secara tetap iaitu Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, sekaligus sebagai Ketua Jabatan bagi Jabatan Bandaran Tutong.







Waktu Pembayaran

Waktu Pembayaran

Kaunter Unit Kewangan, Jabatan Bandaran Tutong

Isnin–Khamis

  • 8:00pg–11:00pg
  • 1:45ptg–2:30ptg

Sabtu

  • 8:00pg–10:30pg

Kaunter Pembayaran Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong

 Hari Khamis sahaja

  • 8:00pg–11:00pg

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami.