Government of Brunei

Font Size

Cpanel
Profail Jabatan Bahagian-Bahagian

Bahagian-bahagian

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan mempunyai empat (4) unit iaitu:

  1. Unit Kewangan, Cukai dan Hasil
    Tugas-tugas pembayaran dan kutipan hasil jabatan adalah dipertanggungjawabkan kepada Unit Kewangan, Cukai dan Hasil.
  2. Unit Pentadbiran Am dan Hal Ehwal Kakitangan
    Unit ini melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran am jabatan dan hal ehwal kebajikan pegawai dan kakitangan di Jabatan Bandaran Tutong.
  3. Unit Latihan
    Bertanggungjawab bagi mentadbir dan mengurus keperluan dan hal-hal latihan bagi pegawai dan kakitangan jabatan. Unit ini juga dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan ketetapan-ketetapan yang dibuat dan dipersetujui mengenai dengan aspek latihan pegawai dan kakitangan jabatan.
  4. Unit Perhubungan Awam
    Unit ini bertanggungjawab untuk menangani aduan-aduan orang ramai bagi pihak jabatan dalam hal-hal yang berhubungkait dengan penyampaian perkhidmatan. Disamping itu, unit ini juga bertindak sebagai permudahcara jabatan kepada orang ramai dalam memberikan dan menyampaikan apa jua maklumat yang perlu dimaklumkan khususnya mengenai dengan penyampaian perkhidmatan jabatan.

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan

Bahagian ini bertanggungjawab bagi mengendalikan tugas-tugas Perancangan dan Penyelidikan dari aspek perancangan dan pengurusan kawasan perbandaran Tutong. Disamping itu, Bahagian ini juga berfungsi dan bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program-program IT jabatan ini.

  1. Unit Sulit
    Dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan hal-hal yang dikategorikan sebagai sulit, termasuk minit-minit mesyuarat Lembaga Bandaran Tutong, Sokongan Kenaikkan Pangkat, Pengurniaan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam.
  2. Unit Projek
    Bertanggungjawab bagi perlaksanaan projek - projek yang dikendalikan oleh jabatan sama ada projek-\projek RKN atau projek-projek yang menggunakan peruntukan Perbelanjaan Khas dan Berulang-Ulang.
  3. Unit Perancangan, Kemajuan dan Penyelidikan
    Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas perancangan kemajuan kawasan perbandaran Tutong dan mengendalikan tugas-tugas penyelidikan yang berhubungkait dengan perancangan dan kemajuan dan pengurusan kawasan perbandaran.
  4. Unit Teknologi Maklumat
    Unit Teknologi Maklumat bertanggungjawab bagi merancang, melaksanakan dan mengurus apa jua aspek Teknologi Maklumat yang diperlukan oleh jabatan. Unit ini juga bertanggungjawab bagi memantau dan mengemaskini laman sesawang (Website) jabatan dari masa ke semasa.
  5. Unit Audit Dalaman
    Unit Audit Dalaman bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas-tugas audit dalaman Jabatan  Bandaran Tutong.

Bahagian Perlesenan dan Kawalan Kemajuan

Bahagian Perlesenan dan Kawalan Kemajuan melaksanakan tugas-tugas melesenkan premis-premis perniagaan, kawalan kemajuan tanah dan bangunan, tugas-tugas penguatkuasaan dan Perhubungan Awam jabatan. Unit-unit di bawah Bahagian Perlesenan dan Kawalan Kemajuan ialah:

  1. Unit Perlesenan
    Unit Perlesenan dipertanggungjawabkan untuk memproses permohonan-permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan iaitu Lesen Rampaian dan Lesen Bandaran bagi aktiviti perniagaan yang dijalankan di dalam kawasan Lembaga Bandaran Tutong.
  2. Unit Kawalan Kemajuan Tanah dan Bangunan
    Unit ini berperanan bagi memproses permohonan untuk memajukan tanah dan bangunan. Kemajuan bangunan termasuklah pembinaan bangunan baru samada bangunan kedai, rumah kediaman, hotel, rumah pangsa, sekolah swasta dan sebagainya. Selain itu, permohonan untuk menambah bangunan, ubahsuai bangunan adalah juga dikategorikan sebagai kemajuan bangunan dan permohonan tersebut akan diproses oleh unit ini.
  3. Unit Penguatkuasaan
    Unit Penguatkuasaan bertanggunjawab bagi melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang yang ditadbir oleh Jabatan Bandaran Tutong. Tugas penguatkuasaan akan dijalankan samada secara persendirian oleh Jabatan Bandaran Tutong ataupun secara bersepadu dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan yang lain. Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi bersepadu ini termasuklah Jabatan Buruh,Jabatan Imigeresen dan Pendaftaran Kerajaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Diraja Brunei, Bahagian Kawalan Makanan Halal(BKMH) dan Jabatan Kesihatan.

Bahagian Perkhidmatan-Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan-Perkhidmatan adalah salah satu bahagian yang penting bagi jabatan ini. Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang berhubungkait dengan pembersihan kawasan, pengutipan/pengangkutan sampah, pemotongan rumput, keindahan kawasan perbandaran, penangkapan binatang-binatang liar dan lain-lain. Bahagian ini mengandungi empat unit iaitu:

  1. Unit Perkhidmatan Am dan Pemeliharan
    Unit ini bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas-tugas pemeliharaan, kebersihan tandas-tandas awam, longkang-longkang, kawasan-kawasan dan kompleks perniagaan, kawasan kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong dan sebagainya. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas-tugas memastikan kawasan perbandaran seperti penanaman pokok-pokok dan kerja-kerja lanskap dikawasan - kawasan tertentu.
  2. Unit Bengkel dan Stor
    Bertanggungjawab bagi kerja - kerja pengawasan bengkel dan stor Jabatan Bandaran Tutong. Unit ini akan memastikan semua kenderaan-kenderaan dan jentera yang dimiliki oleh jabatan yang ditempatkan dibengkel adalah dalam keadaan selamat dan berfungsi dengan baik dan dapat digunakan bila-bila masa diperlukan. Unit ini juga bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan-kerosakan kecil pada jentera mesin dan kenderaan.

    Manakala tugas-tugas unit stor termasuklah membuat pesanan bagi pembelian perkakas-perkakas oleh mana-mana bahagian atau unit jabatan ini, membuat inventori barang-barang dan perkakas yang telah dibeli dan menyimpannya ditempat yang telah ditetapkan dengan kemas, teratur dan selamat.

Waktu Pembayaran

Waktu Pembayaran

Kaunter Unit Kewangan, Jabatan Bandaran Tutong

Isnin–Khamis

  • 8:00pg–11:00pg
  • 1:45ptg–2:30ptg

Sabtu

  • 8:00pg–10:30pg

Kaunter Pembayaran Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong

 Hari Khamis sahaja

  • 8:00pg–11:00pg

Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami.