Tutong, Acara Tutongku Ceria telah diadakan pada hari Ahad 29 September 2019 bertempat di Pekan Tutong. Acara dimulakan dengan Tazkirah Subuh yang bertajuk "Doa" pada jam 5 pagi di Masjid Hassanal Bolkiah, Tutong. Turut hadir semasa acara tersebut ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim. Para jemputan yang hadir terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong dan Yang Berhormat Haji Umarali Bin Esong, serta para pegawai dan kakitangan kerajaan.
Acara seterusnya adalah Senamrobik yang diadakan di hadapan Jeti Pekan Tutong, Berbasikal sejauh 15km dan Berjalan Santai sejauh 1.6km. Pelbagai pameran juga diadakan seperti pameran dari Kementerian Kesihatan, pameran Alam Sekitar daripada JASTRe, pameran kereta, Bazar Majlis perundingan Mukim (MPM)/ Majlis Perundingan Kampong (MPK) dan Peniaga Mikro Kecil dan Sederhana.
Bagi memeriahkan lagi acara, Permainan Ria Keluarga telah diadakan di kawasan Kompleks Cempaka Bersaudara dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan juga hadiah-hadiah untuk dimenangi.