Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KARNIVAL LAKANON TUTONG 2019

IMG_4522.JPG

Pekan Tutong, Sabtu 26 Oktober 2019 – Jabatan Bandaran Tutong dan Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong mengadakan acara Karnival Lakanon Tutong Tahun 2019 iaitu Pesta Makanan Tutong yang diadakan selama 2 hari bermula pada hari Sabtu, 26 Oktober 2019 sehingga hari Ahad 27 Oktober 2019 bertempat di Bangunan Pasar Malam Pekan Tutong, Daerah Tutong.

 

Acara Karnival Lakanon Tutong 2019 ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan di Pekan Tutong sebagai salah satu inisiatif dalam memeriahkan Bangunan Pasar Malam Pekan Tutong dengan aktiviti berkonsep dengan menyediakan satu 'platform' yang diharapkan akan dapat menyumbang kepada peningkatan sosia-ekonomi masyarakat setempat melalui penyertaan, penjualan dan seterusnya mempromosikan produk makanan masing-masing.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis Pelancaran Karnival Lakanon Tutong 2019 ini ialah Yang Mulia, Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang mana telah melancarakan Karnival tersebut.

 

Diantara pengisian yang telah diatur dan disusun bagi Karnival ini selain daripada jualan makanan yang juga melibatkan produk-produk Satu Kampung Satu Poduk melalui penyertaan Majlis-Majlis Perundingan Kampung, akan juga diadakan demostrasi dan bengkel pembuatan makanan/masakan tradisi yang melibatkan penyertaan dan penglibatan puak-puak dan masyarakat di Daerah Tutong ini termasuklah sajian-sajian etnik dari puak-puak dan masyarakat, Tutong, Kedayan, Dusun, Iban dan Tiong Hwa. Selain itu, sebagai aktiviti tambahan akan juga diadakan beberapa aktiviti-aktiviti sampingan bagi memeriakan suasana Karnival Lakanon Tutong ini antaranya aktiviti-aktiviti cabaran dan pertandingan, antaranya juga bengkel menumpah ambuyat, cabaran makan cili, cabaran ikan belut dan cabaran memancing.

 

Pengendalian Karnival Lakanon Tutong 2019 ini juga telah disokong dan dikendalikan bersama oleh Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong, Pusat Kegiatan Warga Emas Tutong, Sukarelawan Daerah Tutong dan Eco Ponis Garden.

 

Majlis Pelancaran Karnival Lakanon 2019 pada pagi ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Sahibul Omar bin Haji Yusof, Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan seterusnya Ucapan Alu-Aluan oleh Pengerusi Bersama Karnival, Yang Mulia Awang Haji Azmi bin Haji Abd Rahim, Pengerusi Bandaran Tutong dan disusuli dengan Majlis Pelancaran dan Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan kepada Penaja-Penaja dan Peserta-Peserta Pengendalian Karnival.

 

Hadir sama di Majlis Pelancaran tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esong, Yang Berhormat Awang Haji Abd Wahab bin Apong dan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Awang Abd Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Daerah Tutong dan pihak penaja dan peserta.

 

Acara Karnival Lakanon Tutong ini juga akan diselajurkan dengan Tutongku Ceria pada hari Ahad, 27 Oktober 2019 di pekan Tutong.


Created at 28/10/2019 11:47 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 04/11/2019 14:02 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim