Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Bandaran telah memperkenalkan satu inisiatif dalam memudahcara pembayaran cukai bangunan di kawasan-kawasan perbandaran. Inisiatif tersebut adalah menyediakan kemudahan pembayaran cukai bangunan dalam talian (online) melalui mobile applications/ internet banking dengan kerjasama dua institusi kewangan perbankan di negara ini iaitu Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD) dan Baiduri Bank Berhad.
Pembayaran cukai bangunan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang www.bibd.com.bn dan www.baiduri.com.bn dan juga melalui mobile applications: BIBD Mobile App dan Baiduri Personal i-Banking Mobile Application.
Dengan adanya kemudahan ini, ianya akan dapat memperkesankan dan seterusnya meningkatkan kutipan hasil cukai bangunan serta mengurangkan tunggakan Jabatan-Jabatan Bandaran. Selain itu, perkhidmatan ini akan dapat memberi kemudahan kepada pembayar cukai bangunan untuk menjelaskan tuntutan cukai bangunan pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat, tanpa perlu datang ke kaunter pembayaran di Jabatan-Jabatan Bandaran di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Seria dan Tutong.
Dibawah adalah tatacara pembayaran dalam talian.