Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

KEJOHANAN BADMINTON DI ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

Sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Bandaran Tutong dan Jabatan Daerah Tutong akan menganjurkan acara Kejohanan Badminton di antara Kementerian-Kementerian bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam yang ke-32 bagi tahun 2025 yang akan bermula pada 2 November 2025 hingga 9 November 2025.

Jabatan ini sukacita mempelawa penyertaan dari setiap Kementerian dan mencalonkan minimum dua (2) pasukan dan maksimum tiga (3) pasukan yang terdiri daripada 15 orang pemain, seorang Pengurus dan dua orang Pengadil (Umpire).

Acara ini akan dikendalikan oleh EYH United (sebelum ini dikenali sebagai CHSK_Badminton) dan disokong oleh Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam National Badminton Association - BNBA).

Kejohanan ini diadakan antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, kerjasama dan perpaduan warga perkhidmatan awam melalui sukan badminton.

Jenis Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1) Beregu Lelaki (Seorang pemain Kategori Bahagian I ke atas dan seorang pemain terbuka)
2) Beregu Lelaki A (Kategori Bahagian I| dan keatas)
3) Beregu Lelaki B (Kategori Bahagian Ill dan kebawah)
4) Beregu Wanita A (Kategori Bahagian Ill dan keatas)
5) Beregu Wanita B (Kategori Bahagian IV dan kebawah)


Setiap Kementerian dikehendaki mengisikan Borang
Penyertaan Pasukan yang disediakan oleh pihak Penganjur dengan lengkap dan dikembalikan kepada Urusetia kejohanan ini tidak lewat pada hari Rabu, 10 September 2025 jam 2.00 petang kepada :
- Awang Azmar bin Haji Ahmad (888 8680)
- Awang Haripen bin Haji Yusof (887 6000)
- Awang Hj Azimin Bin Hj Musa (883 8801)


Borang penyertaan yang dikembalikan tanpa bayaran penyertaan tidak akan diterima.


Sila imbas kod QR di poster bagi keterangan lanjut.

KEJOHANAN BADMINTON.jpeg

Attachments
Created at 12/08/2025 16:11 by wahyunul.kassim
Last modified at 12/08/2025 16:30 by wahyunul.kassim