Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM PERINGKAT DAERAH TUTONG BAGI TAHUN 1442H/2019

IMG_5093.JPG

Seramai 5,374 orang terdiri dari 45 pasukan menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Peringkat Negara Tahun 1441 Hijrah bagi Daerah Tutong yang diadakan di Padang berhadapan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. Jabatan Bandaran Tutong juga tidak ketinggalan untuk menyertai perarakan ini seperti tahun-tahun sebelumnya dan seramai 50 orang pegawai dan kakitangan yangikut serta dalam perarakan ini.

 Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar.

 Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Noraffindy bin Norsabah selaku Ketua Imam Masjid Kampung Penanjong Tutong.

Seterusnya, persembahan Dikir Marhaban beramai-ramai daripada guru-guru ugama dan pelajar-pelajar Sekolah Ugama Daerah Tutong yang diketuai oleh Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas, Bahagian Pengajian Islam Tutong, Awang Rosli bin Othman.

Sayyidul Istighfar pula dibacakan oleh Guru-guru Ugama dan Pelajar-pelajar Sekolah Ugama Daerah Tutong manakala bacaan Doa Selamat dan Laungan Selawat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Imam Masjid Kampung Penanjong, Awang Noraffindy bin Norsabah.

Perarakan dimulai oleh tetemu kehormat dan bersama AJK tertinggi sambutan. Perjalanan sejauh 2.5km mengelilingi Pekan Tutong dan persekitarannya.

Created at 11/11/2019 10:42 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 11/11/2019 10:43 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim