Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36

IMG_20200223_075535.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Februari. - Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-36 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara diwarnai dengan persembahan tema 'Menjayakan Wawasan Negara' yang dijayakan oleh 7,336 orang peserta mewakili pelbagai sektor dan agensi pembangunan negara, termasuk para pelajar sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi.

 

Seramai lebih 30 ribu orang peserta telah menyertai perbarisan dan persembahan dengan begitu teruja sejak awal pagi lebih-lebih lagi untuk mempersembahkan kehadapan majlis Raja yang dikasihi. Perbarisan lalu mewakili 161 pasukan yang didahului pasukan Pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam, Pembaca Ikrar,  Pembawa Bendera Brunei Darussalam Bendera Logo Hari Kebangsaan serta pasukan-pasukan lain mengikut Kluster masing-masing iaitu 17 pasukan dalam Kluster Keamanan Negara, empat pasukan bagi Kluster Masyarakat Bestari, Kluster Perkhidmatan Awam sebanyak 21 pasukan, 22 pasukan dalam Kluster Sosio-Ekonomi, Kluster Pendidikan Pasca Menengah seramai 15 pasukan, Kluster Pendidikan Menengah sebanyak 35 pasukan, Kluster Pendidikan Swasta sembilan buah, Kluster Takmir Masjid lima buah pasukan, Kluster Persatuan Profesional empat pasukan, Kluster Pergerakan Belia sebanyak lima pasukan, Kluster Pergerakan Wanita tiga pasukan, dua pasukan dalam Kluster Persatuan Sukan, Kluster Persatuan Umum sebanyak 11 pasukan, empat pasukan bagi Kluster Masyarakat Umum dan sebuah pasukan bagi Kluster Pasukan Generasi Belia Berwawasan yang juga mengakhiri acara perbarisan sambutan.

 

Seramai 36 peserta membacakan lafaz ikrar Hari Kebangsaan Ke-36 di mana diketuai oleh guru di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Muhammad Fatin Abdul Rahman bin Kifli dan Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin pula memimpin bagi laungan takbir sebanyak tiga kali.

 

Wakil dari Jabatan Bandaran Tutong juga tidak ketinggalan untuk menyertai perbarisan dan persembahan padang dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi Hari Kebangsaan yang ke-36. Seramai 6 orang dari pegawai & kakitangan menyertai perbarisan dan seramai 10 orang peserta yang mengikuti persembahan padang pada tahun ini.


Created at 02/03/2020 13:51 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 02/03/2020 13:52 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim