Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PEMBERIAN PENGURANGAN CUKAI BANGUNAN SEMASA (TAX RELIEF) BAGI TAHUN 2020

Screenshot_20200518_131739[1].jpg

1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan ini sukacita memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahpun mengurniakan titah perkenan untuk pemberian pengurangan cukai bangunan semasa (tax relief) bagi tahun 2020 kepada pembayar cukai bangunan komersial di bawah kawasan kawalan Lembaga-Lembaga Bandaran. 

2. Langkah ini adalah sebagai satu lagi usaha pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan kepada sektor perniagaan yang terkesan berikutan dengan penularan wabak COVID-19 yang melanda Negara ini semenjak 9 Mac 2020. Usaha ini adalah sebagai tambahan kepada langkah-langkah dan pakej bantuan ekonomi tambahan yang telah dimaklumkan sebelum ini oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dalam sidang akhbar pada 21, 28 dan 30 Mac 2020 yang lalu. 

3. Objektif bagi pemberian pengurangan (relief) ini adalah:- 

3.1 PERTAMA: Sebagai galakan kepada pemilik bangunan komersial untuk meringankan bebanan penyewa-penyewa yang terjejas  perniagaan mereka, iaitu dengan membebaskan atau mengurangkan kadar sewa;

3.2 KEDUA: Untuk membantu dari segi cash flow atau aliran tunai pembayar cukai bangunan dan penyewa bagi hartanah komersial; 

3.3 KETIGA: Untuk membantu mengurangkan kesan yang lebih buruk ke atas pembayaran tunggakan cukai bangunan.



Created at 18/05/2020 13:20 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 18/05/2020 13:24 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim