Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN KEBERSIHAN KAWASAN KOMPLEKS PASARNEKA DAN TAMU TUTONG

2.png

Tutong, Isnin, 6 Muharram 1442 bersamaan 24 Ogos 2020. – Jabatan Bandaran Tutong dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong serta Sukarelawan Daerah Tutong telah mengadakan kempen kebersihan bertempat di Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran pentingnya kebersihan dan juga memastikan keselesaan kepada penjaja-penjaja di Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong dan juga menyemai sifat menjaga kebersihan apabila mereka berjaja.

Hadir menyertai kempen berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Awang Hj Azmi bin Hj Abdul Rahim, PMK Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Ajimin bin Hj Meludin, Pegawai Eksekutif Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong, Awang Muhammad Amir bin Hj Umarali, Pegawai-pegawai dan kakitangan, dan sukarelawan Daerah Tutong.

Kerja-kerja pembersihan meliputi mencuci bangku-bangku jualan, petak-petak tamu, lantai, longkang dan kawasan persekitaranya.


Created at 25/08/2020 14:49 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 25/08/2020 14:50 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim