Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAMU MINGGUAN SATU KAMPUNG SATU PRODUK (1K1P), DAERAH TUTONG

IMG_6691.JPG

TUTONG, Khamis, 24 September 2020, Majlis Perlancaran Tamu Mingguan Satu Kampung Satu Produk(1K1P) telah diadakan di Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong untuk memperluaskan peluang perniagaan yang mampu menyumbang kepada perkembangan kemajuan Produk 1K1P 'Progress Development' yang lebih kondusif dan efektif sekaligus memberikan pendedahan produk-produk yang diusahakan oleh penduduk-penduduk kampong seluruh Negara.

Tetamu kehormat di majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Tamu Mingguan 1K1P, Daerah Tutong dianjurkan bersama oleh Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong (BKKT).

Sebanyak 20 Pengusaha 1K1P menyertai Tamu Mingguan tersebut yang terdiri daripada 17 pengusaha dari Daerah Tutong, dua pengusaha dari Daerah Brunei dan Muara dan seorang pengusaha dari Daerah Belait.

Antara tujuan dan matlamat program diadakan ialah untuk meningkatkan pasaran dan kebolehpasaran produk 1K1P terutama sekali dalam pasaran domestik, di samping mempelbagaikan kaedah pemasaran yang sedia ada melalui pendekatan 'conceptual business environment' iaitu suasana perniagaan berkonsepkan Tamu Mingguan yang menarik ramai pengunjung bagi memastikan permintaan pasaran (market demand) produk berkenaan berterusan dan konsisten.

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung; Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya; Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, selaku Penghulu Mukim Telisai; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN; ketua-ketua jabatan KHEDN; pegawai-pegawai kanan kerajaan; Ahli-ahli Lembaga Bandaran Tutong; pemangku penghulu-penghulu mukim dan Pemangku Ketua-ketua Kampung Daerah Tutong


Created at 29/09/2020 10:57 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 29/09/2020 10:58 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim