Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MINGGU KREATIF DAN INOVASI TUTONG: MEWARNA MERCU TANDA BUKIT BENDERA TUTONG

IMG_7660.JPG

Tutong, Ahad, 27 Rabiulakhir 1442 bersamaan 13 Disember 2020, Minggu Kreatif dan Inovasi Tutong 2020 bermula hari ini dengan acara Mewarna Mercu Tanda Bukit Bendera dan Mercu Tanda Lereng Bukit Pekan Tutong.

'Membudayakan Masyarakat Yang Kreatif' adalah tema untuk Minggu Kreatif dan Inovasi Daerah Tutong 2020 dan dikendalikan oleh Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Daerah Tutong dan dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong (BKKT) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, swasta dan ahli-ahli sukarelawan.

Acara ini dimulakan dengan senaman ringan dan taklimat daripada pihak urus setia, diikuti dengan aktiviti mewarna setiap huruf Mercu Tanda Bukit Bendera dengan pilihan warna yang lebih menarik sesuai dengan lokasinya yang begitu strategik.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyertai acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong Awang Ajmin bin Haji Meludin.

Mercu Tanda Bukit Bendera mula dibina pada 27 Disember 2014 dan Mercu Tanda di lereng bukit Pekan Tutong pula dibina sekitar tahun 1980-an.

Beberapa aktiviti dan program telah pun disusun sepanjang Minggu Kreatif dan Inovasi Daerah Tutong 2020 pada bulan Disember ini dan Januari depan, antaranya ialah aktiviti Melukis dan Mewarna Mural di kawasan Zon Bersih Pekan Tutong; Program konservasi dan inovasi budaya etnik Daerah Tutong; Program Kebeliaan 3K Majlis Perundingan Kampung Daerah Tutong; dan acara Tutongku Ceria.

Ia juga dilihat sebagai pemangkin bagi menggerakkan program-program kreatif dan inovasi melalui penglibatan senegara atau Whole of Nation Approach.


Created at 17/12/2020 11:15 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 17/12/2020 11:15 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim