Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MELUKIS DAN MEWARNA MURAL DI KAWASAN ZON BERSIH PEKAN TUTONG

IMG_7875.JPG

PEKAN TUTONG

Tutong, Isnin, 28 Rabiulakhir 1442 bersamaan 14 Disember 2020, aktiviti melukis mural bermula hari ini sehingga 20 Disember 2020 dan dilukis oleh penuntut-penuntut sekolah serta dibantu oleh Sukarelawan Daerah Tutong, Persatuan Kegiatan Warga Emas (PKWE) dengan menggunakan pendekatan Whole Nation dalam sama-sama mencantikkan dan memperindah lagi Pekan Tutong.

Acara ini dianjurkan bersama Jabatan Bandaran Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong.

Aktiviti melukis mural ini dimulakan dengan membersihkan dinding dan seterusnya melukis 'outline' dengan menggunakan kaedah 'gridline' dan diteruskan selama satu minggu

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan acara tersebut ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Pengiran Mahdini bin Pengiran Haji Ali.

Program Zon Bersih juga merupakan satu konsep, di mana ia diwujudkan bagi memupuk semangat kerjasama antara pihak kerajaan dan masyarakat serta mampu mengajak semua peringkat serta golongan masyarakat untuk bersama-sama memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih, indah dan selamat


Created at 17/12/2020 11:20 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 17/12/2020 11:20 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim