Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERLANCARAN TUTONG BUZZ 2022

DSC_0830.JPG

Tutong. Sabtu, 9 Jamadilawal 1441H bersamaan 03 Disember 2022.
Disepanjang bulan Disember 2022, Jabatan Bandaran Tutong dengan Kerjasama Jabatan Daerah Tutong dan Badan Kemajuan dan Kreatif Daerah Tutong melalui AlZ Event Management akan melaksanakan Acara Tutong Buzz 2022 di kawasan Pekan Tutong.

Tutong Buzz yang disempenakan dengan Brunei Disember Festival adalah merupakan bazar hujung minggu (weekend bazzar) yang turut di isi dengan acara-acara dan aktiviti yang menyumbang kepada meningkatkan social ekonomi di kawasan Pekan Tutong yang dapat dimanfaatkan oleh penduduk-penduduk setempat terutamanya peniaga mikro kecil dan sederhana, penguasha Satu Kampung Satu Produk dan juga sektor swasta dengan
pengisian aktiviti seperti Zon Aktif, kempen-kempen dan pameran daripada Agensi-Agensi Kerajaan, sektor swasta dan NGOs dan jualan produk daripada vendor tempatan.

Majlis Pelancaran bagi acara Tutong Buzz 2022 telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Dareah Tutong/ Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong pada hari Sabtu 09 Jamadilawal 1444H bersamaan 03 Disember 2022 bertempat di kawasan Jeti Pekan Tutong.
Tutong Buzz diadakan selama 4 minggu berturut-turut iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad di sepanjang bulan Disember Tahun 2022 ini adalah merupakan salah satu inisiatif berterusan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mewujudkan suasana yang kondusif dan ceria di Pekan Tutong sebagai pilihan destinasi yang menarik untuk dikunjungi oleh orang ramai serta dalam masa yang sama merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan perbandaran Tutong.

Created at 06/12/2022 09:36 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 06/12/2022 09:38 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim